Ditubuhkan pada tahun 2002, PJ HYTECH MARKETING telah berkembang menjadi pengeluar produk pencuci yang kuat, dinamik dan bermotivasi tinggi di Malaysia.
Perkembangan Syarikat
Pada tahun 2018, PJ HYTECH INDUSTRIES telah mengambil alih daripada PJ HYTECH MARKETING sebagai perintis daripada milikan tunggal kepada perkongsian. Kini menghasilkan pelbagai jenis produk pencuci mesra alam yang terdiri daripada pencuci pakaian (debu dan cecair), pelembut pakaian, shampoo kenderaan, pengilat tayar kenderaan, pencuci enjin kenderaan, pencuci cermin, pewangi udara, pencuci tangan, pencuci pinggan, pencuci lantai antibakteria dan pencuci pelbagai guna untuk keperluan industri.
Percaya pada “Memenuhi Keperluan dan Kepuasan Pengguna”, PJ HYTECH sangat menitikberatkan kualiti produk pencuci dengan tujuan utamanya untuk dikenali sebagai pengeluar produk yang terkemuka. Mematuhi standard kualiti yang ditekankan oleh SIRIM Berhad dan dengan sokongan SME BaNK Berhad, PJ HYTECH telah mengembangkan perniagaannya dan pada masa ini telah menembusi pasaran di pasaraya besar tempatan seperti Carrefour dan The Store di samping kedai dobi, peruncit tempatan dan penjualan langsung.
PJ HYTECH juga pernah membuat kolaborasi bersama syarikat dari Jepun mengenai sabun semulajadi (sabun badan) dan PJ HYTECH telah belajar bagaimana budaya industri Jepun dan telah mengamalkannya dari segi dokumentasi dan praktikal di bidang kerja.
“Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.”Albert Schweitzer
Melalui perkembangan yang berterusan, dan dengan sokongan, bantuan dan kerjasama dari SME BANK, MATRADE dan SMECORP bersama dengan pengalaman dan kepakaran yang kami miliki, PJ HYTECH yakin bahawa kami akan dapat memperluas dan menembusi pasaran yang lebih luas di seluruh negara pada masa yang akan datang dan juga lebih bersedia untuk mengembangkan syarikat dengan pengalaman yang ada.